Tarikh Iklan Permohonan

Tarikh Dibuka : 24 April 2023
Tarikh Ditutup : 07 Mei 2023

Hubungi Kami

Bahagian Sumber Manusia.

Aras 4, Wisma Majlis Perbandaran Kluang, Jalan Kota Tinggi 86000 Kluang Johor.
No. Tel : 07-7771473

Panduan Permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua ruangan wajib yang bertanda *.
  • Pastikan anda menyemak dengan teliti maklumat yang telah lengkap diisi sebelum klik butang hantar.
  • Maklumat yang telah dihantar TIDAK BOLEH dikemaskini.
  • Syarat Permohonan

    Kewarganegaraan

    Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan.

    Umur

    Permohonan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

    Semasa Permohonan

    Permohonan Gred 29 hendaklah disertakan dengan video resume. Rujuk iklan permohonan.

    Pemohon Penjawat Awam

    Hanya pemohon (penjawat awam) yang layak dipanggil untuk temuduga sahaja perlu membawa bersama satu (1) salinan dokumen yang telah diperakui oleh Ketua Jabatan sebagaimana berikut :


    1) Penyata Rekod Perkhidmatan yg telah dikemaskini;

    2) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini;

    3) Borang Pengesahan Ketua Jabatan;

    4) Surat Sokongan Ketua Jabatan (Jika ada).

    Panggilan Temuduga

    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

    Perbelanjaan

    Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.