1.   Warganegara Malaysia terutama penduduk yang menetap di Daerah Kluang sahaja.
2.   Permohonan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup tawaran.
3.   Menggunakan "BORANG PERMOHONAN GERAI MAJLIS PERBANDARAN KLUANG" yang telah disediakan didalam sistem ini.
4.   Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi pasangan suami dan isteri.
5.   Borang yang telah dicetak perlulah diserahkan bersama-sama dengan dokumen seperti berikut :
       5.1 Satu keping gambar berukuran passport.
       5.2 Melampirkan 1 salinan kad pengenalan pemohon.
       5.3 Melampirkan salinan penyata kewangan yang terkini bagi 3 bulan yang terakhir.
       5.4 Melampirkan 1 salinan pendaftaran perniagaan/syarikat (Jika ada).
       5.5 Melampirkan 1 salinan sijil kursus perniagaan (Jika ada).
       5.6 Melampirkan lain-lain dokumen sokongan bagi menyokong permohonan (Jika ada).
6.   Permohonan hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja).
7.   Pemohonan yang berjaya TIDAK BOLEH menyewakan premis kepada Pihak Ketiga.
8.   Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat di dalam BORANG PERMOHONAN dengan betul dan lengkap. Borang yang didapati tidak diisi dengan lengkap akan
      DITOLAK .
9.   Segala pertanyaan boleh dikemukan kepada Pn. Hanem (07-7771464) atau Pn. Nor Alauweyah (07-7771413)dari Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan
      Pengurusan Harta.
10. Sila hantar Borang Permohonan sebelum atau pada 07 MAC 2020.

*** Peringatan
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kluang telah menetapkan Setiap Pasangan Suami Isteri hanya dibenarkan menyewa atau memohon satu unit gerai sahaja. Sekiranya ianya melanggar syarat tersebut, hak penyewaaan atau permohonan yang terakhir akan DIBATALKAN tanpa sebarang prasangka.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang