1.    Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan.
2.    Permohonan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3.    Menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang telah disediakan didalam sistem ini sahaja.
4.    Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
5.    Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan Gred 41 hendaklah disertakan dengan ‘video resume’. Maklumat Lanjut.
6.    Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
7.    Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan        masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi        Tahunan terkini. Pengesahan Ketua Jabatan
8.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
9.    Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
10.  Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang