Dashboard Info Tamat

Informasi Awam MPK

Maklumat dan pengumuman rasmi Majlis Perbandaran Kluang

25 TAHUN MENGABDI BAKTI: JUBLI PERAK MPK (8 MEI 2001 - 8 MEI 2026)

Pejam celik, sudah dua dekad setengah Majlis Perbandaran Kluang berdiri teguh sebagai nadi pembangunan Bandar Kluang tercinta!

​Kami warga kerja MPK berazam akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anda. Terima kasih kepada seluruh warga Kluang yang menjadi sebahagian daripada perjalanan indah ini.

11 May 2026 Artikel : Majlis Perbandaran Kluang

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG - BANDAR BAHAGIA DI MALAYSIA TAHUN 2026

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Kluang telah berjaya memperolehi Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YBhg. Datuk Haji Abdul Ghani Bin Abdul Rashid, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang, diiringi TPr. Haji Iskandar Bin Suparlan, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap, MPK. Turut hadir adalah barisan Ahli Majlis MPK dalam program tersebut.

Berita : https://mediadigitaljohor.gov.my/en/bando-kluang-mersing-simpang-renggam-tersenarai-10-bandar-paling-bahagia/

10 April 2026 Artikel : Majlis Perbandaran Kluang

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN - MPK

Sebarang pertanyaan berkaitan jadual atau kursus pengendalian makanan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kluang boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan melalui pegawai berikut:

Encik Rasyidie: 012-648 2697
Puan Aini: 017-704 4056

30 January 2026 Artikel : Majlis Perbandaran Kluang