Dasar Privasi & Penafian

Kembali ke Portal

Dasar Privasi

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) komited untuk melindungi privasi pengguna portal ini. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi dikumpul, digunakan dan dilindungi selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Maklumat Yang Dikumpul

Portal ini membolehkan orang awam memberikan maklum balas melalui soalan dan borang yang disediakan. Sebarang maklumat yang diberikan oleh pengguna secara sukarela melalui penyertaan ini akan direkodkan bagi tujuan analisis, penilaian perkhidmatan dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Majlis Perbandaran Kluang.

Penafian

Maklumat yang dipaparkan di portal ini adalah bagi tujuan makluman umum dan rujukan pengguna sahaja.

Sebarang pandangan, cadangan atau maklum balas yang dikemukakan oleh pengguna melalui portal ini adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian atau keputusan rasmi MPK. Semua maklum balas akan dinilai dan dipertimbangkan mengikut keperluan sebelum sebarang tindakan atau keputusan diambil.